Thursday, September 29, 2011

baguslah...ada perubahan...





Pelakon Diana Amir mengaku bahawa beliau kini lebih selesa menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Petanda yang membelenggu pelakon muda ini telah membuatkan dirinya sentiasa ingat akan kematian yang semakin hampir.

Menurut laporan akhbar Mstar, seorang rakan baik Diana Amir turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama selepas mendengar cerita mengenai hari kiamat daripadanya.

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,” katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

Walaupun kurang pengetahuan agama, Diana Amir mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pelakon Irma Hasmie, yang kini sudah pun menutup aurat. Difahamkan, Irma Hasmie membawa Diana Amir bertemu dengan Wardina Saffiyah bagi mendapatkan pandangan serta sokongan mengenai ilmu agama.


pisst : Alhamdulillah...baguslah..ada perubahan yang positif...harap2 kekal ye...yang penting niat tu mesti betul...bila kita ikhlas...Insya Allah...semua yang kita buat diberkatiNya...


3 comments:

cheqna said...

berubah ke arah yang lebih baik..alhamdulillah...begitu juga harapnya kita ni kan...

Unknown said...

kan cantik tu pakai tudung...

jasa mu dikenang... Entri khas untuk yg sudi menyertai segmen santri :

http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/panduan-untuk-memiliki-komputer-laptop_29.html

nora rashid said...

cheqna : betul tu...kita pon masih byk yg kena betulkan..(muhasabah diri..)

santri : wah!! kena baca ni..;)