Showing posts with label for breastfeeding mom. Show all posts
Showing posts with label for breastfeeding mom. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

sekadar renungan

salam...just nak share dengan ibu2 yang masih gigh bF baby masing2...

Maaf sebab kabur...biase la printscreen je... bg yg x nampak...boleh baca yg ni...

just a reminder. if susu tak cukup utk bf baby, bolehkan cmpur fm tp still lebihkan bf. jgn terlalu desak diri nk fully bf smpai nk gila otak. masing2 ada rezqi. ada yg susu byk, n vice versa. ada member saya smpai mental pam susu sbb nak fully bf baby. kasian. smpai tak cukup tdur, trus dpt darah tggi. kadang2 tgk hasil ibu2 dlm KIM ni, boleh buat org yg tak cukup susu jd mental. just my 2 cents.

Sebenarnya...bukan niat saya nk membandingkan susu ibu dengan susu formula (FM)..saya pon seorang ibu yg masih fully bF bby saya yg dah berusia 7++ bulan...

Apa yg saya nk share kat sini...jangan la terlalu taksub sampai memakan diri...betul apa yg puan di atas tu bgtau...jangan sampai ibu “mental” sebab jeles dengan production susu orang lain...rezeki anak telah ditentukan Allah...doa ibu mustajab dan dimakbulkan ALLAH...

Thursday, July 28, 2011

menyusu bayi pada bulan ramadhan

lama rsanya x menulis pasal breast feeding...sedikit info untuk dikongsi...

memandangkan dah tinggal beberapa hari lagi nak menyambut ramadhan...

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan...

yang paling PENTING!!...

Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu.


Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.


Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”


Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.

Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.


Go to fullsize image

Makan banyak kurma.


Go to fullsize image Go to fullsize image

Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.



Go to fullsize image


Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.

Go to fullsize image Go to fullsize image

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi. DI SINI

Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. pun boleh dapat info DI SINI

Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.

Pam susu sebelum sahur.

Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).

Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

Ambil milk booster jika perlu.


Elakkan terlalu penat.



Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria

Thursday, May 26, 2011

Teknik susukan baby




Teknik menyusukan bayi...

* Posisi penyusuan yang baik*

Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi.

Berikut adalah cara yang betul:

  • Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

*Pilih posisi yang selesa*
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa seles
a. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus.Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.

Posisi dakapan
Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanya
kan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. Sokong belakang badan dan punggung bayi. Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

Posisi ‘football hold’
Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.

Posisi berbaring
Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. • Sokong kepala anda dengan lengan. • Sokong bayi anda dengan lengan atas.

*Beralih payudara*
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.


*Sendawakan bayi*
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

*Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan*
Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.

Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.

Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.

Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.

Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.

Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu

Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.

Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara

Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.

Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting

Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting

Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan

Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara boleh bengkak dan puting luka


Sumber:www.nutriweb.org.my/downloads/snp_breastfeeding_guide.pdf , http://mforum.cari.com.my susuibu.com http://
www.mybengkung.com/Teknikmenyusu.html

Wednesday, May 18, 2011

manual ke letrik?...hmmmm

Pam manual atau elektrik
Bagi yang pertama kali melalui pengalaman mengandung dan bersalin pasti tidak sabar-sabar hendak menyusukan bayi mereka. Apatah lagi apabila sampai saat hendak memilih pam yang bersesuaian bagi kegunaan apabila kembali bekerja kelak.

Terdapat banyak jenis pam dipasaran sama ada di jual di kedai-kedai, pasaraya mahu pun kedai online yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tidak dinafikan memilih pam bukanlah suatu perkara yang mudah. Silap-silap pilih yang tak bersesuaian akibatnya tersadai tak digunakan. Membazir saja.

Bagaimana pun, sebelum mengambil keputusan membeli apa juga jenis pam yang ada dijual, perlulah diketahui bahawa alat terbaik untuk memerah susu adalah tangan anda sendiri. Ya, ianya percuma! Anda hanya perlu cuci tangan dan sediakan satu bekas yang bersih untuk menadah susu yang diperah. Bagi yang sudah master memerah menggunakan tangan, tidak perlu lah pening kepala nak memikirkan hendak beli pam yang mana satu. Lebih-lebih lagi tidak perlu bawa gadget yang memenuhkan beg setiap kali keluar bekerja. Sebagai bonus, anda juga tidak perlu membasuh pam dan juga mensterilkannya setiap kali pulang bekerja. Jadi, sebaik-baiknya belajarlah memerah susu menggunakan tangan. Terdapat banyak video di internet yang menunjukkan cara-cara memerah susu menggunakan tangan.

Di sini, saya ingin berkongsi kebaikan dan keburukan pam manual dan elektrik. Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

Kebaikan pam elektrik
(1) Menjimatkan masa, lebih-lebih lagi dengan penggunaan double pump
(2) Tak melenguhkan tangan.
(3) Sambil pam, boleh buat kerja lain.
(4) Biasanya komponen kurang berbanding pam manual

Keburukan pam elektrik
(1) Kena ada elektrik point baru boleh pam.
(2) Kebanyakannya agak berat kerana menggunakan motor.
(3) Ada sesetengah pam menghasilkan bunyi yang agak menarik perhatian
(4) Selepas satu tempoh penggunaan ada risiko kuasa sedutan motor akan berkurangan.

Pam elektrik sesuai bagi mereka yang biasanya sibuk sewaktu bekerja, kerana dengan penggunaan double pump anda boleh memendekkan masa memerah sehingga separuh. Malah, anda tidak perlu langsung meninggalkan meja anda. Dengan setting yang baik, anda boleh memerah di meja sendiri (Pastikan tiada bunyi yang boleh menarik perhatian)

Kebaikan pam manual
(1) Ringan dan mudah dibawa
(2) Boleh pam di mana-mana. Dalam jam pun boleh pam
(3) Kuasa sedutan lebih mudah dikawal. Bagi yang dah expert mudah dapat letdown (10-15 minit dah dapat penuh sebotol)
(4) Tak payah fikir pasal motor, selagi getahnya elok selagi tu boleh guna. Pam avent manual saya dah hampir dua tahun, masih elok lagi.

Keburukan
(1) Lenguh tangan
(2) Kena pam sebelah-sebelah sebab pam manual tak ada double pump
(3) Sesetengah pam, komponennya banyak

Bagi yang mempunyai budget yang sedikit tetapi tidak kisah mengenai masa, dan selalu sangkut dalam jam amat sesuai menggunakan pam manual. Bagaimana pun hati-hati ketika memandu. Don't pump and drive ok!

Tak kisah la nak pilih pam manual atau pun elektrik, pastikan anda selesa dengan pam tersebut. Bagi yang ada budget lebih mungkin boleh beli pam elektrik yang mahal seperti free style yang lebih ringan dan guna kuasa bateri. Kalau kurang budget, guna pam manual seperti avent pun dah cukup. Sewaktu nak beli tu kalau boleh, pergi ke kedai yang boleh test drive pam nya. Kalau agak-agak selesa boleh terus beli.

kaedah memerah susu ibu

Kaedah memerah


Memerah susu ibu adalah bertujuan untuk membekalkan susu ibu ketika ibu tiada bersama dengan bayi, terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja. Selain dari itu, memerah susu ibu boleh merangsang pengeluaran serta meningkatkan pengeluaran susu ibu. Bagi bayi pra-matang yang belum bersedia menghisap susu secara terus dari ibunya, susu diperah dan disalurkan kepada bayi melalui saluran tiub atau pun menggunakan shringe. Selain dari itu, ibu-ibu jugak memerah susu ibu untuk mengelakkan pembengkakan buah dada yang boleh menyebabkan kesakitan kepada ibu.

Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, lakukan urutan lembut pada buah dada. Selain dari itu, penggunaan tuala suam juga membantu melancarkan pengaliran susu ketika memerah.

Terdapat beberapa kaedah memerah yang boleh dilakukan

(1) Menggunakan tangan
Selain daripada mudah, ia juga murah dan bagi ibu yang sudah mahir, mereka dapat memerah susu yang lebih banyak berbanding menggunakan pam.
>Kaedah<
(A) Basuh tangan dan bekas yang akan anda gunakan untuk menadah susu badan. Duduk dalam keadaan yang anda selesa. Letakkan bekas tadi di bawah puting anda. Letakkan tuala basah yang suam untuk merangsang pengaliran susu. Urut payudara dan puting untuk mendapatkan refleks ejeksi susu. Tekan perlahan-lahan sambil membuat bulatan di sekeliling payudara.
(B) Tekan payudara dengan lembut, gerakkan jari-jari anda dari bahagian dada ke arah puting.
(C) Posisikan ibu jari dan 4 jari lain 2-3 cm di belakang puting dan tekan payudara anda.
(D) Tekan jari-jari anda sambil menggolekkannya ke arah puting. Lepaskan dan tekan semula untuk mengeluarkan susu. Anda sepatutnya tidak merasa sakit semasa proses ini.
(E) Tukar posisi jari-jari anda ke bahagian lain pula untuk memerah duktus-duktus susu yang lain pula. Selepas 3-5 minit, aliran susu akan semakin perlahan. Tukar Payudara sebelah pula. Lakukan proses yang sama dan selepas itu anda boleh beralih semula ke payudara pertama tadi. Ulang semampu anda. Kebiasaannya, sesi-sesi awal mengambil masa 20-30 minit. Setelah anda menguasai teknik ini, masa yang diambil akan semakin pendek.

(2) Menggunakan pam manual
Kini terdapat banyak jenama pam manual dipasaran, terpulang kepada budget dan keperluan ketika membeli pam. Tidak semestinya pam yang mahal akan memberikan hasil perahan susu yang banyak, kerana ia bergantung kepada cara memerah. Kebaikan menggunakan pam manual ialah, ianya ringan serta boleh digunakan dimana-mana kerana tidak memerlukan sumber elektrik.

Bagaimana pun sesetengah ibu berpendapat penggunaan pam manual agak memenatkan. Kelebihannya ialah, dengan penggunaan pam manual, kadar sedutan pam boleh dikawal dengan mudah bersesuaian dengan kadar hisapan bayi. Ramai ibu berpendapat dengan penjagaan yang baik, pam manual boleh tahan lebih lama dan boleh digunakan untuk bukan saja seorang malah hingga beberapa orang anak.

Contoh pam manual yang terdapat dipasaran:
(A) Avent Isis ( Basic: RM219, Out and About : RM389, Jusco, Babyland)
(B) Pureen (Jusco) (C) Pigeon manual (Rm50++)
(C) Anakku (RM49.90)
(D) MAM Care
(E) Medela Harmony

(3) Pam menggunakan kuasa bateri
Pam bateri tidak banyak terdapat dipasaran tetapi masih mendapat tempat memandangkan ia tidak memenatkan sebagaimana pam manual dan tidak begitu berat berbanding pam elektrik. Bagaimana pun, apabila kuasa bateri semakin berkurangan kadar sedutan pam akan sedikit terjejas dan perlu sentiasa menyediakan bateri spare untuk masa-masa kecemasan. Bagaimana pun jangan panik sekiranya terlupa membawa bateri spare kerana masih boleh memerah susu dengan menggunakan tangan.

Jenis pam berkuasa bateri yang boleh didapati :
(A) Pureen
(B) Tollyjoy

(4) Pam menggunakan kuasa elektrik
Walau pun pam elektrik jauh lebih mahal berbanding pam manual dan bateri, tetapi ia semakin diminati ramai kerana memudahkan kerja mengepam serta dapat menjimatkan masa. Ini kerana, bagi kebanyakan ibu bekerja masa untuk mengepam adalah amat terhad dan penggunaan pam elektrik, lebih-lebih lagi dual-pump dapat membantu mereka menjimatkan masa mengepam di samping mendapat hasil sebagaimana penggunaan pam manual yang biasanya sedikit mengambil masa dan agak memenatkan.

Faktor-faktor ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu terus menyusukan bayi mereka secara ekslusif. Tetapi, haruslah berhati-hati ketika memilih kuasa sedutan kerana sekiranya memilih kadar sedutan (suction) yang terlalu kuat, bukan saja hasil yang didapati bakal mengecewakan malah ia akan turut menyebabkan kesakitan. Selain dari itu, oleh kerana memerlukan sumber elektrik dan agak berat penggunaannya agak terhad.

Ada sesetengah ibu yang memilih pam manual ketika berada di tempat kerja, dan menggunakan pam elektrik ketika di rumah untuk digunakan ketika bangun untuk memerah susu di awal pagi. Ini adalah terpulang kepada keperluan individu.
Contoh-contoh pam elektrik yang biasa digunakan

(A) Spectra 3 (RM368)
(B) Ameda-lactaline dual breastpump (RM788)
(C) Medela mini e (RM449) , Dual pump (RM699), Swing (RM768)

Apa pun jenis pam atau kaedah yang digunakan pastikan sentiasa menggunakan barang yang bersih dan disteril. Cuci tangan dengan sabun sebelum memerah susu.

pam di mana ye?

alhamdulillah...saya x de masalah nk mengepam susu di tempat kerja...ada satu bilik khas yg kami jadikan mini surau sesuai utk sya jadikan tmpat mengepam susu..bilik tu kami namakan bilik danger...orang tertentu sahaja boleh masuk...n yang biasa masuk utk bersolat adalah kaum wanita sahaja...


bila jam menunjukkan kol 9.30 pg...mmg bilik tu jadi tmpat pertapaan sementara diriku..hehe..

kt sini ada beberapa tempat yang sesuai utk mengepam susu...

Antara pilihan tempat untuk mengepam di tempat kerja :-

(1) Breastfeeding room - Masih terlalu sedikit syarikat yang menyediakan breastfeeding room kepada pekerja kerana populasi ibu-ibu yang menyusu biasanya tidak ramai.

(2) Bilik sendiri - Bagi pegawai berpangkat yang mempunyai bilik sendiri tiada masalah nak mengepam di dalam bilik sendiri. Pastikan bilik anda bukan berdindingkan cermin see through dan kunci bilik sebelum mulakan aktiviti

(3) Tumpang bilik bos - Kalau ada bos yang sporting boleh tumpang bilik bos (lebih manis kalau bos perempuan)

(4) Cubicle sendiri - Agak expose tapi kalau pakai pam elektrik dan pandai cover dengan shawl atau nursing cover memang bagus kerana tak perlu tinggalkan kerja untuk menyelesaikan tanggungjawab pada si manja

(5) Surau - Lebih exposure. Kurang sikit privacy tapi bagus kalau ada teman seperjuangan.

(6) Meeting room/ File room - Dan bilik-bilik yang tak ramai orang access atau bilik yang hanya bole di access oleh kaum wanita. Pastikan pintu dikunci dahulu!

tp ada jgk tmpat yang memang x sesuai langsung utk menjalankan aktiviti memerah susu...@ toilet!! please la jangan...sanggup ke nak bagi bby minum susu tu???...
eiiiiee....

nk simpan susu ibu?..cara yang betul mcam mna ye?...

Penyimpanan Susu Ibu




Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

* bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
* catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
* simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
* jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
* susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
* jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
* sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
* jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

credit 2: http://www.momschoice.com.my/blog/?p=214

petua nak tambah susu ibu...




macam - macam benda aku buat sbagai cara nk tmbah susu bby...skrg alhamdulillah skali pump bleh dapat 10-12 oz...mmg kena jadikan aktiviti memerah sbgai rutin...

kt sini nk share ngn BF mommy...insya allah dengan usaha kita...dapat berikan baby susu ibu sepenuhnya...walaupun dah kembali bekerja...


Antara Makanan yang boleh membantu pertambahan susu badan

1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
4. laici
5. longan
6. daikon/lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. soy based product
14. carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!
15. Madu lebah asli
16. pegaga-jus atau ulam segar
17. pucuk manis/asin-asin
18. kurma
19. kucai +tauhu+tougeh
20. petola
21. kentang rebus
22. roti
23. biskut marrie
24. daun turi
25. ikan semua jenis ikan-ikan yu,ikan sardine, tuna, salmon
26. kacang buncis
27. cheese
28. planta





Minuman:
1. air masak
2. susu
3. soya
4. nestum
5. oat
6. horlick
7. milo
8. jus buahan
9. buahan betik
10. honeydwe
11. rebusan buah pala
12. spirulina
13. air kelapa
14. rebusan air halba


Supplement yg perlu ambik:
1. omega 3
2. obimim
3. kalsium
4. vitamin c


Utk urutan plak:
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Masa pengepaman:
1) cuba pam sekerap mungkin, lagi byk pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2) mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau bg baby isap boleh membanyakkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast akan produce susu baru....istilah yang selalu guna mcm 'buang sampah...sampah dah penuh, buang dlm tong sampah...pastu ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu.. bila dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru.
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
6) jgn minum teh/nescafe.... mkn supplement jgn tinggal


Ubat

Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)




Cara-cara Lain

1) baca surah Al Baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut breast pakai sikat mcm sikat rambut
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) Kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) Pastikan suami senantiasa menyokong dan membantu
12) Galakkan direct feeding jika ada bersama anak
13) Minum air secukupnya
14) doa
15) tawakkal

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja

Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.


Masa untuk mula memerah susu ibu

Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.


Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan

* Cuci tangan menggunakan air dan sabun.

* Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.

Cara-cara:
1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
3:Pusing dan perah dari semua arah.
4:Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.

Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.


Menyimpan susu yang telah diperah.
* Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.

* Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.

* Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di dalam peti sejuk (fridge) untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (freezer, lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.



* Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.


Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.

* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.

* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam


atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.

* Jangan cairkan susu pada suhu bilik.


* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.


* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.


* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)

* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.


Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.

* Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

* Gunakan jadual berikut sebagai panduan:



Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association


Hari 1-3 : Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

Tuesday, May 17, 2011

breastpump..

hi...

skrg nk g mna2 mmg benda nie la aku bwk...klu x bawak...x complete rasanya..

breastpump ni aku ble on9..package...(jimat ckt hehe..)harmony breastpump+ back 2 work package ni aku bli kt on9 shop...www.babyworld.com





package ni include dengan medela harmony breastpump...dah nk masuk 3 bulan dah aku guna...n serasi plk...mudah nak bawak g mn2..



Product Descriptions :-

This manual breastpump is ideal for mothers who only express milk occasionally and do not want to miss the usual feel of their baby.

With 2-Phase Expression
Ergonomic swivel handle
Gently massaging SoftFit Breastshield
Fewer parts than other manual breastpumps
A mother's best choice!
Harmony has 2-Phase Expression which imitates the baby's natural sucking rhythm and is therefore comfortable and efficient. The innovative technology is based on state-of-the-art research and brings the breastfeeding mother all-round comfort and convenience.
Proven to feel most like a baby
Proven to get more milk in less time
Proven to achieve faster milk ejection and faster milk flow
How do babies nurse?
Studies have shown that babies nurse in two phases: Initially, they suckle fast and light to stimulate the milk ejection reflex and to start the milk flowing. Then, they switch to a slower and deeper suck to get as much milk as quickly as possible.


What is 2-Phase Expression?
It is the only research based breastpump technology to mimic a baby's natural nursing rhythm. First rapid stimulation, then slower expression.

Thursday, May 12, 2011

SUSU IBU...high class!!

SUSU IBU KHASIATNYA TIDAK TERNILAI

KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.

Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Susu ibu menyelamatkan nyawa

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.

Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.

Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.

Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi