Thursday, May 26, 2011

Teknik susukan baby




Teknik menyusukan bayi...

* Posisi penyusuan yang baik*

Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi.

Berikut adalah cara yang betul:

  • Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

*Pilih posisi yang selesa*
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa seles
a. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus.Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.

Posisi dakapan
Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanya
kan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. Sokong belakang badan dan punggung bayi. Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

Posisi ‘football hold’
Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.

Posisi berbaring
Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. • Sokong kepala anda dengan lengan. • Sokong bayi anda dengan lengan atas.

*Beralih payudara*
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.


*Sendawakan bayi*
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

*Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan*
Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.

Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.

Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.

Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.

Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.

Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu

Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.

Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara

Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.

Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting

Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting

Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan

Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara boleh bengkak dan puting luka


Sumber:www.nutriweb.org.my/downloads/snp_breastfeeding_guide.pdf , http://mforum.cari.com.my susuibu.com http://
www.mybengkung.com/Teknikmenyusu.html

No comments: