Salam hari isnin...mood nk bagi syarahan free pagi ni....meh jenguk tazkirah...buat yang ada anak2, xde anak ( anak sedara pon xpe)..anak org, ada adik, adik makpe pakwe.. semuanya boleh share...
Budak2 memang amat senang untuk di didik...tapi igt!! Proses ni bukan ambik masa yg sekejap je...dan mesti berterusan...mereka suka pada benda2 baru...jadi melentur buluh biar dari rebungnya!!...berkat kesungguhan ibu bapa Insya Allah membuahkan hasil....
Bantu lakukan kerja rumah.
- Biarkan anak melakukan kerja rumah yang mudah seperti membuang sampah ataupun membawa pinggan plastik dan diletakkan di atas meja. Jangan tegah anak daripada membantu.
Praktik kesopanan dalam keluarga.
- contoh : “ abang iyas...tolong ambik pampers adik..”
Lepas tu...puji lah : “ wah...terima kasih abang!!”
Dan lihat air muka ank anda...ada sinar “bangga” pada air mukanya..
Dan pastikaa jika dia terlupa nk mengucapkan terima kasih...
ingatkan dia contoh “ eh?? Abang lupa ye??..x cakap terima kasih pon??...”
mesti dia akan kata “ terima kasih mama”
Mudah meminta maaf dan memaafkan.
-Galakkan anak untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai satu kebiasaan. Ini akan membuatkan dia lebih disenangi dalam pergaulannya.
Contoh : walaupon mama yang buat salah...mama pon minta maaf dari firas..
Kalu firas buat salah...dia akan kata ...”tooyi mama...( sori mama)”
Memberikan pujian.
Contoh : wah!! Pandainye anak mama!!..
Wah!! Good nye...sayang abang!!
Kongsi permainan dengan kanak-kanak lain.
-Berikan kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain.
Firas dulu x suka berkongi..tapi skarang bila dipuji dia sanagt teruja..
” contoh : wah...abang good la...kongsi mainan dgn adik”
Gunakan perkataan ‘ tolong ‘.
-Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak mengambil barang yang mahu. Pastikan barang itu mudah untuk diambil dan tidak mudah pecah.
Minta kebenaran.
-Jika anak merampas barang permainan rakannya, katakan kepadanya,‘ abang...x baik tau ambik kawan punya...bagi balik...mintak baik2..”
Salam.
-Menghulurkan tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak.
Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat. Ibu bapa kena banyak bersabar...Melatih anak mengenai budi bahasa bukan suatu yang mudah. Dalam tempoh itu pelbagai kesalahan dilakukan. Ia merupakan suatu proses percubaan sama ada boleh dilakukan atau tidak. Anak akan belajar dari kesilapannya.