Friday, January 20, 2012

DEN kayO kojap Yo..

salam...

pg2 td...terasa lapo yang amat...x kira dah...ada perhimpunan di pagi jumaat yg mulia ni pon...aku tetap ke kantin...

sambil makan nasik kerabu yang dibeli oleh pinkcherry...aku belek la kosmo!...hampir tersembor nasik kerabu berlauk ayam tu dr mulut aku...ape tak nye...

ni berita ni...

hah...baca..!!



Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) cuak apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

"Saya cuak melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).

Selepas pulih daripada cuak kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

"Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

"Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya.[sumber]

alaa....igtkan duit dia...mcm mn la boleh salah masuk dalam akaun dia??...nape x salah masuk dalam akaun aku ke??...hahaha...akan ku diamkan saje...

pissst : berangan je la...huuu

tq sudi baca;)

4 comments:

arituarini said...

umangaiiii..kok dapek kek den..den sonyap an yo ni..buek tak tau yo..kok bank tu tanyo lopeh tu..kobaan la " laaa..se ingat duit se tadi"..kih kih kih kih

Firdaus® said...

hahahahha..bayangkan kalau duit tu salah masuk dalam akaun bank kita..bestnya.... btw nice entry..kui33.. do follow my blog ye =)

rahman said...

tak dapat nak di bayangkan :)

A A said...

nice posting..