tolong PRoMo....hehe....mule2 x layan sgt cite ni...tp ble dah tgok 1 2 episode...mcm best plk...
x leh miss...
x leh miss...
Perkahwinan adalah satu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang berlaku pada Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.
Ibubapa Maya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.
Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju.
Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan apabila Maya digoda kembali oleh Dani.
Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?
huu...hopefully hepi ending!!!....
OST ADAMAYA
Semenjak kau hadir dlm hidup ku
Tiada lg keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga aku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Jika bahagia mula menjelma
Bila kenyakinan datang merasa
Kasih di salut dengan kejujuran
Mencintai diri mu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
No comments:
Post a Comment