kadang2 frust jgk bla dgr rungutan mmber2 yg kata..." susu aku x cukup"..."x sempat la nk perah"..." n so on...smua tu sbnrnya perlukan kesabaran yg tinggi...i pon tgh berusaha utk bagi susu ibu sepenuhnya buat dotter ksygn i...n byk info yg bleh dapat dlm tenet nie..
Salah satu daripada masalah penyusuan susu ibu adalah susu yang tidak mencukupi. Masalah ini kerap berlaku terutamanya terhadap ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayinya dan terpaksa mengepam.
Pertama sekali anda perlu tahu, betulkah susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda kerana ada ibu yang salah sangka susu mereka tidak mencukupi, tetapi sebenarnya tidak.
Antara penyebab susu tidak mencukupi
Teknik penyusuan yang salah.
Tidak cukup rangsangan daripada bayi.
Pemakanan tidak seimbang.
Tekanan.
Tidak cukup rehat/tidur.
Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti thyroid, demam, anemia.
Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan.
Teknik pam/perah yang salah.
Jenis pam yang tidak cekap.
untuk menyelesaikannya....
Yakin Diri
Betulkan sikap anda. Yakin yang anda boleh menyusukan anak anda.
Teknik Yang Betul
Betulkan teknik penyusuan anda.
Minta bantuan doktor, jururawat, pakar laktasi atau ibu-ibu lain yang berpengalaman.
Betulkan posisi bayi anda. Pastikan bayi menyusu dengan hampir keseluruhan areola masuk ke dalam mulutnya.
Pastikan bayi menghisap lama di sesuatu belah buah dada untuk merangsang pengeluaran susu sebelum menukarkannya ke sebelah lagi.
Susukan bayi di kedua-dua belah buah dada.
Ransangan Daripada Bayi Penting
Susukan bayi jam pertama kelahirannya semasa bayi masih peka akan persekitarannya.
Susukan bayi anda on-demand (bila bayi perlukan) bukan mengikut masa
Susukan bayi dengan kerap walaupun tidak diminta.
Jangan menggunakan puting kosong untuk menenangkan bayi. Sebaliknya, susukannya.
Tidur bersama bayi di waktu malam.
Susukan bayi walaupun anda terpaksa berjaga. Kandungan prolaktin yang membantu penghasilan susu adalah tinggi antara pukul 1 hingga 5 pagi.
Berikan bayi makanan pelengkap dengan cara yang betul.
Jika sudah mula memberi bayi susu formula, cuba kurangkan kekerapannya secara beransur-ansur, dan kerapkan memberi susu badan.
Rehat dan Jauhi Tekanan
Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
Elakkan dan uruskan tekanan di tempat kerja atau di rumah
Jika sakit, dapatkan rawatan
Dapatkan rawatan untuk penyakit seperti thyroid, demam dan anemia.
Urutan Juga Membantu
Urut buah dada anda ketika anda menyusukan bayi.
Jika anda mengurut dalam pantang, minta bidan urut untuk ‘membuka urat susu’ supaya aliran susu badan lancar.
Pemakanan
Minum air secukupnya.
Air perlu untuk menggantikan air daripada badan anda yang hilang. Anda boleh menyediakan satu bekas air di tempat biasa anda menyusu supaya anda boleh minum ketika menyusu.
Makan makanan berkhasiat dan pelbagai dengan kuantiti secukupnya.
Ibu menyusu perlukan lebih kurang 500 kalori tambahan berbanding ketika tidak menyusu. Jangan kurangkan makan untuk menjaga badan. Makan snek yang berkhasiat jika lapar.
Teruskan pengambilan vitamin yang anda ambil semasa hamil.
Elakkan mengambil pil perancang jenis progestin sahaja.
Gunakan pil perancang yang bersesuaian seperti Noriday.
Ubat-ubatan
MAXOLON (metoclopramide) yang boleh didapatkan dari farmasi boleh menambah susu badan. Ubat ini selalunya digunakan untuk masalah angin perut dan pening-pening kepala. Selain itu, ia meningkatkan kandungan hormon prolaktin, yang akan meningkatkan kandungan susu. Ubat-ubatan berasaskan hormon hendaklah diambil dengan nasihat doktor.
credit to : ratuhati.com
No comments:
Post a Comment