Friday, December 09, 2011

CARA nk lepaskan perasaan MARAH

salam..

entry sblum tido...memandangkan aku tgh agk bengang...marah...baran...hangin...(ada lagi x..???)...rasa2nya entry kali ni sesuai..

1) Menangis

Ada sesetengah orang akan menagis bila rasa marah. Kononnya dapat tolong redakan kemarahan. Bagi aku menangis boleh meredakan perasaan marah seseorang...


2) Duduk sorang-sorang

Yang ni memang biasa dilakukan especially bagi yang tengah couple. Kalau tengah marah, selalunya diorang akan tutup handphone dan taknak diganggu orang lain. So, kalau macam ni berlaku kena la bagi masa kat dia untuk tenangkan fikiran..jgn terlalu mendesak pasangan...beri dia masa utk menyendiri...(jap lagi sejuk la tu..)

3) Berleter

Bila marah je mesti berleter. Buat ni salah, kena leter. Buat tu salah, kena leter lagi. Penah kene leter kan???..ha!! tu tandanye orang tu mmg sedang marah...jangan balas leteran org tu ye,,,kang ada yg makan kasut nanti....


4) Bergaduh
Yang ni kalau marah yang tak dapat kawal. Silap-silap akan bergaduh dengan orang lain. Boleh jadi gaduh besar sehingga bertumbuk pun ada. Kalau macam ni, silap hari bulan boleh hilang kawan. Yela...siapa nak kawan dengan orang yang asyik nak bergaduh je kan...

5) Memendam rasa

Ada juga orang apabila rasa marah, diorang akan pendam je perasaan diorang. Nampak relax and cool je. Boleh dikatakan penyabar la. Tapi biasanya bagi jenis memendam ni, pun ada limit nya. Kalau pendam banyak sangat, boleh jadi meletup dibuatnya. Sangat BAHAYA!!

6) Tidur

stgh org...tido adalah jalan yang terbaik...ambik bantal n tilam...layan zzz...lupa sekejap mslah...tapi bagi aku...klu tgh marah...nk tido pon x boleh...huu..

7) ambik wuduk

Sebenarnya...ni cara yang TERBAEK...marah kan sifat syaitan...so nk tenangkaa diri daripada api kemarahan...apa kata...ambik wuduk...INSYA ALLAH..sejukk....lagi bagus..buat solat sunat...pahala pon dapat..

Ada banyak lagi cara untuk lepaskan marah ni. Ada juga dengan meluahkan perasaan dengan kawan. Ada juga dengan makan. ( boleh obes...) Tak elok juga pendam lama-lama marah ni, sebab ada kesan pada kesihatan juga. Silap-silap boleh jadi heart attack....

Pissst: Korang ada tips lain x??..boleh share..

Tq sudi baca..


innalillah...


BAGAN SERAI: Baru beberapa jam memijak bumi Malaysia sekembali dari Tanah Suci Makkah dan belumpun sempat tiba di rumah, ajal terlebih dulu menjemput seorang pesara selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, awal pagi semalam.

Abdul Rashid Ideris, 62, maut di tempat kejadian selepas kereta dipandu anaknya, Muhd Syahril, 30, merempuh sebuah lori ketika di Kilometer 263.3, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, dekat sini, pada jam 1.30 pagi.

Dalam kejadian itu, kereta Honda Accord dinaiki mangsa bersama isteri, Rahmah Mat Saboot, 59, dan tiga anaknya merempuh belakang lori ketika mendaki bukit berhampiran Terowong Menora.

Bagaimanapun, Rahmah, dan tiga anaknya, Muhd Syahril, Anis Diana, 24, serta Muhd Ridzuan, 15, hanya cedera ringan.

Abdul Rashid dan Rahmah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, jam 7.30 malam kelmarin selepas menunaikan haji di Makkah dan ketibaan pasangan itu disambut tiga anak mereka.

Mereka sekeluarga bergegas pulang ke Taman Alor Pongsu, di sini, kerana tidak mahu menghampakan sanak-saudara dan rakan arwah yang menanti di rumah.

Ketika kejadian arwah masih lengkap berjubah hijau, manakala Rahmah berbaju kurung biru dan bertelekung.

Menurut Rahmah, sepanjang berada di Makkah, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebaliknya tidak sabar untuk pulang bertemu keluarga.

“Sebaik pesawat mendarat, arwah memaklumkan tidak sabar bertemu saudara-mara dan rakannya. Bagaimanapun, saya sedih hajatnya tak kesampaian,” katanya.

Rahmah berkata, Abdul Rashid bersara dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) enam tahun lalu dan begitu gembira selepas mendapat tawaran mengerjakan haji tahun ini.

“Sepatutnya, kami bergembira menerima kunjungan saudara-mara dan sahabat-handai selepas pulang dari Makkah. Namun, kegembiraan itu bertukar majlis tahlil,” katanya.

Sementara itu, Anis Diana berkata, dia bersama adiknya (Muhd Ridzuan) serta ibunya duduk di tempat duduk belakang, manakala arwah di tempat duduk penumpang hadapan dengan Muhd Syahril memandu kenderaan itu.

“Ketika kejadian, saya dan adik tertidur, tetapi terjaga selepas mendengar dentuman kuat. Ketika itu, saya lihat abang cedera di tangan kanan, manakala arwah bapa tidak sedarkan diri,” katanya.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharudddin Wan Omar ketika dihubungi berkata, kereta dinaiki mangsa melekat pada bahagian bawah lori berkenaan dan remuk teruk di bahagian depan menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

Menurutnya, pemandu lori bermuatan kelengkapan pejabat itu bagaimanapun tidak cedera.

“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat manakala empat mangsa lain hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Jenazah Abdul Rashid selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Alor Pongsu selepas solat Zuhur semalam.


Thursday, December 08, 2011

alahai...

salam...


nk buat camno eh kalu lagu ni??... ( oakap ore klate koya nk cakap nogori..hehe)

bilo nk bukak blog ekau jadi macam ni hah...

akak keno mintak jemputan ekau la yo dolu baru buleh bukak blog ekau tu yo??

isk2..

xdapek la akak nk memFOLO..



tq sudi baca;)


Wednesday, December 07, 2011

huihh..


salam...

fuhh....

lama betul aku x hapdet blog...igt masa cuti skolah boleh la nk hapdet hari2...tapi...hampeh...bukannye apa..firas n fatnin demam...mula2 abang iyas dulu...lps tu adik pulak demam...nk hapdet blog??..ada org kena marah ngn laki..hehe...ank demam mak plak sebok benda lain...

meh la nk story mory cite yang dah nak basi ni..hehe

sblom balik cuti kt kg hr tu...g jln2 The Mines..masa ni kat SPLASH ( lupa dah mana penuh tpt ni..huu)... syok jugak...tgok budak2 mandi kolam

fatnin n papa...sengeh sokmo..
.
abang iyas xcited,,,x bawak swimming trunk...ye la...mana nk tau nk berkubang kat situ nak oii...mama x planning pon...

pakai jeans time mandi...nasib bawak baju spare..
.
fatnin pulak klu x pegang..mau nye dia mengesot masuk dalm kolam...mmg hantu air!!


yang best skali...nk mandi kat situ free je...x payah susah2 nk mandi kat waterpark ( kedekut punye mak..hehe)...kat situ pon dah boleh mandi sampai biru...

balik malam tu...start la episod baru...FIRAS DEMAM...!!...tu la syok sangat berendams ...huk2...jadi misi pulak la aku...

tq sudi baca:) !!